AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Dalam era moden ini pastinya ramai tertanya-tanya apakah cara mengamalkan gaya hidup sihat.Hal ini kerana kita sering dikejutkan dengan berita tidak berapa sedap didengari berkenaan masalah kesihatan.Sebagai contoh meningkatnya kes-kes penyakit kritikal seperti sakit jantung,kanser dan diabetes,begitu juga dengan penyakit yang mudah menular seperti covid-19,batuk kokol dan lain-lain penyakit yang berkaitan.
Gaya Hidup Sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan,terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat.Kali ini mamysheko nak kongsikan beberapa tips untuk Amalan Gaya Hidup Sihat untuk anda semua JOM baca sampai habis.
1. DIET YANG SIHAT
Perkara paling penting dalam amalan gaya hidup sihat adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang.Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan dan cara makan suku-suku separuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
piramid maknan malaysia |
Selain itu mamy amalkan juga pengambilan suplemen tambahan untuk melengkapi nutrisi yang diperlukan badan. Vita-Lize dari shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk badan kita,Multivitamin yang membekalkan vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan sihat. Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Vita-Lize Shaklee Klik Disini
Melakukan senaman dan riadah |
2.LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat juga adalah dengan melakukan aktiviti senaman dan riadah semasa dirumah mahupun waktu berkerja.Melakukan senaman walaupun hanya 10 minit sehari,penting agar tubuh kita melakukan pergerakan bersenam baik untuk kesihatan dan rohani.
Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam dengan konsisten, ianya dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah stress dan peningkatan berat badan.
aktiviti riadah |
3.TANGANI STRESS
Stress adalah gejala negatif yang tidak baik untuk otak dan tubuh badan kita.Tekanan yang sukar dikawal sama ada ditempat kerja atau tempat belajar ataupun dirumah,dapat mempengaruhi faktor kesihatan tubuh badan kita. Malah ianya juga mempercepatkan proses penuaan.
Untuk menangani masalah stress, kita bolehlah meminta pendapat atau berkongsi masalah dengan rakan atau ahli keluarga. Anda juga boleh amalkan pengambilan supplement yang dapat membantu ,contohnya B-Complex dari shaklee dapat membantu kita untuk mengurangkan masalah stress dan kemurungan.Lebih info tentang B-complex shaklee klik disini
Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur menyebabkan otak sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit.Sesibuk mana pun anda pastikan tidur anda mencukupi. Bagi yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur atau Insomnia bolehlah cuba amalkan supplement Ostenutrix dari shaklee dan terapi aroma agar anda dapat tidur yang berkualiti.
Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat dengan mengubah sikit demi sedikit dalam setiap aspek kehidupan.Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Akhir sekali peribahasa ada menyebut "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati".Jom kita sama-sama Amalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat. Sekian Terima kasih sudi baca blog mamy kali ini sampai habis semoga perkongsian mamy kali ini dapat memberi anda sedikit info tentang amalan gaya hidup sihat, sampai jumpa diblog mamy seterusnya.
Tengah Mencari produk shaklee ????
Boleh hubungi mamysheko klik icon dibawah
#NextLevelblogging
#megablogshaklee
#shakleeThriumph2023
#shakleeThrive2023
#shakleeBeaufortSabah
#shakleeKualaPenyuSabah
Comments
Post a Comment