Scrol-scrol web jumpa blog kawan kongsi tentang "INTERMINTTENT FASTING" atau nama singkatan "IF",atau lebih senang dalam bahasa kita panggil "DIET PUASA" yang sama macam artis malaysia amalkan tu (Lisa surihani).
Saya juga mengamalkan diet "INTERMINTTENT FASTING" alhamdulillah iya memang sangat-sangat membantu untuk turunkan berat badan dan kekal sihat 😉. JOM ❗saya kongsikan tentang diet "IF".
APA ITU "INTERMITTENT FASTING"
Diet "Interminttent Fasting" adalah cara diet yang lebih menumpukan mengenai bila atau waktu makan. Bagi umat islam caranya sama dengan ibadah puasa sunat atau puasa ramadan.Cuma untuk puasa "IF" kita boleh minum air dalam tempoh berpuasa, MACAM MANA BEST TAK?❓❓❓
"INTERMITTENT FASTING" ni sangat senang untuk diamalkan tempoh berpuasa sekurang-kurangnya lebih 12 jam,dan tidak boleh mengambil makanan atau minuman manis atau mengandungi gula semasa berpuasa.
MENGAPA PUASA LEBIH 12 JAM❓❓❓
Tempoh 12 jam lebih baik untuk diet "Interminttent Fasting" KENAPA ❓❓❓ dalam tempoh tersebut badan akan menghabiskan simpanan tenaga di hati, dan memulakan proses ketosis. APA ITU KETOSIS❓❓❓,ia adalah proses dimana penggunaan gula sebagai tenaga,maksudnya badan akan menggunakan gula sebagai tenaga pada penggunaan lemak. Iaitu proses metabolisme badan akan menggunakan lemak sebagai tenaga.
KEBAIKAN "INTERMINTTENT FASTING" UNTUK TUBUH KITA
🧶Mengurangkan berat badan.
🧶Mengelakkan penyakit.
🧶Pembaikan badan.
Comments
Post a Comment