Petua Hilangkan Jeragat

 Apa Itu Jeragat ???? Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Sinar UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan Melanin meningkat.



Anda RUNSING dengan masalah jeragat ???? Jangan risau sebenarnya banyak cara nak hilangkan jeragat secara tradisional ataupun moden. Kali ini mamy nak kongsikan dengan anda semua "PETUA HILANGKAN JERAGAT" yang mamy amalkan JOM baca .




1.JUS LEMON

Jus Lemon

Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.Malah banyak blog kecantikan,majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu "RESEPI" yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi VITAMIN C dan ACID SITRIK yang sangat efektif untuk melawan masalah PIGMENTASI pada kulit. Ia bukan saja memudarkan parut jus lemon juga dapat mencerahkah kulit wajah.

Bagaimana nak gunakan ???? caranya guna 2 hingga 3 sudu teh lemon dan sapukan ke kawasan yang berjeragat,biarkan selama 10 hingga 10 minit dan ulangi 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.


2.BEDAK DARI BERAS PULUT

Beras pulut

Cara atau kaedah ini sudah diguna pakai secara tradisional, penggunaan bedak beras pulut sangat popular pada zaman dulu.Oleh kerana bahan-bahan untuk membuat bedak atau scrub beras pulut mudah didapati. Bedak sejuk adalah antara produk yang menggunakan tepung beras.

Tepung beras boleh dijadikan bedak muka atau scrub untuk membersihkan kulit mati dari wajah dan memudarkan jeragat sekaligus dapat menghalang jerawat tumbuh dikulit muka. 

Terdapat banyak kebaikan bedak atau scrub beras pulut selain memudarkan jeragat ianya juga dapat menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah,memutihkan kulit wajah,menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata,menanggalkan sel kulit mati dan menyerikan kulit.

Bagaimana Cara Membuat Bedak Beras Pulut ????? caranya mudah anda hanya perlu sediakan beras pulut, kemudian rendam dalam air sehingga kembang toskan dan keringkan dahulu.Setelah itu kisar halus beras pulut tadi.Serbuk beras pulut tadi perlu dicampurkan sedikit air gaul sebati dan boleh lah disimpan didalam bekas bertutup. Selesai MUDAHKAN ??? anda boleh simpan bedak tadi didalam peti ais agar tahan lama.

Cara menggunakan bedak beras pulut mudah saja hanya sapu bedak tadi dikulit wajah dan biar kan sehingga kering boleh juga dipakai semalaman. Setelah kering basuh atau bilas dengan air sehingga bersih.Gunakan setiap hari agar dapat kesan yang cepat.

contoh cara pemakaian bedak beras pulut


3.LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

Alovera Gel

Aloevera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ianya amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, enzima dan surn burn. Aloevera sangat bagus untuk memastikan kulit kekal hidrat.

Aloevera mengandungi sejenis komponan yang dikenali sebagai ALOESIN yang sangat efektif untuk melawan pigmentasi kulit, dan sangat berkesan untuk menghilangkan jeragat.

Bagaimana Cara Mengunakannya??? sapukan gel atau lendir aloevera pada kulit atau kawasan berjeragat selama 15 minit kemudian basuh dengan air sejuk. Ulangi setiap hari untuk kesan yang terbaik.


4.SUPPLEMENT TAMBAHAN

Seperti yang anda semua tahu terdapat banyak suplemen dipasaran yang dapat membantu magatasi masalah jeragat Antaranya ialah VITAMIN-C . Mamy amalkan pengambilan vitamin-c dari jenama SHAKLEE untuk membantu mengatasi masalah jeragat pada kulit wajah malah dapat kulit makin cerah dan glowing,cerah sekata. Alhamdullilah sangat-sangat berkesan malah ianya juga baik untuk kesihatan.


 
Ini adalah antara petua dan cara hilangkan jeragat yang mamy amalkan,semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua.Nak lebih petua hilangkan jeragat klik disini

Terima kasih sudibaca blog mamy sampai habis ,LOve you all


Tengah Mencari produk shaklee ????
Boleh hubungi mamysheko klik icon dibawah 


#NextLevelblogging
#megablogshaklee
#shakleeThriumph2023
#shakleeThrive2023
#shakleeBeaufortSabah
#shakleeKualaPenyuSabah





Comments