Kerja Dari rumah


 Seronok tak kerja dari rumah???? 

Bestkan kerja dari rumah, boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil buat kerja. Paling best boleh santai-santai dengan keluarga dirumah. 

Hai semua bertemu kembali dalam blog mamysheko ,kali ini mamy nak kongsikan sedikit cerita dan pengalaman bagaimana mamy boleh terjebak dari surirumah sepenuh masa ke suribisnes. 

Sebelum mamy nak mulakan cerita,nak bagiitahu dulu sebelum jadi suribisnes mamy pernah bekerja sebagai kerani pengiklanan di salah sebuah kedai supermarket di daerah mamy tinggal.

Musim covid-19 tu telah menjejaskan serba sedikit syarikat dan pembuangan pekerja terpaksa dilakukan, mamy adalah salah seorang yang telah diberhentikan,dan selepas itu jadilah mamy surirumah sepenuh masa. 

Tahun 2020 pada bulan may, mamy diperkenalkan dengan shaklee, waktu tu adik ipar mamy dah jadi salah seorang ahli shaklee.Pada mulanya mamy cuma nak try produk shaklee untuk masalah kulit.

Terkejut bila kita cuma beli shaklee untuk makan sendiri, pun dapat bonus dari shaklee kalau jual lagi banyak manfaat dapatlan. Huh dari situlah tergerak hati mamysheko nak jadikan shaklee sebagai bisnes dan sumber pendapatan tambahan mamy,bermulalah kehidupan sebagai suribisnes. 

Pada mulanya agak kekok nak mulakan berniaga maklumlah tak pernah dan mamy ni jenis orang yang pendiam dan tak tahu macam nak menjual produk. 

Sebelum ni mamy pernah cuba berbisnes dari rumah, jual roti homemade,tapi tak bertahan lama disebabkan kekurangan bahan dan sukar untuk dijual. 

Akhirnya mamy berubah kembali ke bisnes shaklee, tak pandai dan malu mula-mula nak start tak tahu hihihi. Nasib ada yang membantu master upline dan upline dari team.Nak yakinkan pelanggan beli produk tu agak susah tapi dengan ilmu yang betul dan upline yang membantu alhamdulillah mamy dah pandai serba sedikit tentang ilmu perniagaan.

Banyak belajar,rajin dan konsisten adalah kunci utama untuk berjaya jadi suribisnes. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Memang best jadi suribisnes ni dah lah kerja hanya dari rumah, tak ada peraturan dan tetapan masa untuk bekerja. Time freedom adalah sebab mamy pilih untuk jadi suribisnes. 


Pengalaman menjadi suribisnes memang best kerja dari rumah kita tak perlu ke suatu tempat yang ditetapkan untuk mulakan bekerja. Kita hanya duduk santai-santai sambil menghadap laptop atau telefpn pintar sambil minum kopi dah boleh mulakan kerja. SANTAIKAN???? 

Lebih banyak masa kita luangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.Kita kejar masa bukan masa kejar kita 😁,dapat selesaikan semua kerja rumah,sambil jaga anak kita berbisnes. Macam mana, best tak kerja dari rumah???? 

Yang nak rasa macam mana jadi suribisnes dan ada pendapat sendiri meh rojer mamy ya.

Terima kasih dah luangkan waktu untuk baca blog mamy kali ini, semoga kalian semua sihat selalu amin love you all. 


#NextLevelblogging
#megablogshaklee
#shakleeThriumph2023
#shakleeThrive2023
#shakleeBeaufortSabah
#shakleeKualaPenyuSabah


Comments