Sejak Covid 19 menular diserata dunia termasuk malaysia,PKP juga diperketatkan bisnes online makin popular dikalangan rakyat malaysia. "Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas Hujan" ,rata-rata semua orang hari ini berkemampuan untuk melayari mana-mana laman sesawang dan media sosial.Huh!!!! Mak-mak pun dah pandai juga 😁
Lebih ramai suri rumah, pelajar dan mahupun golongan yang bergaji tetap juga sudah mula dan mahir menggunakan media sosial sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan.
Bagi yang sering melayari laman media sosial tapi tak menggunakannya untuk menjana pendapatan adalah sia-sia dan buang masa RUGI SANGAT-SANGAT.Apa kata kita manfaatkan masa yang terbuang tu dengan berniaga online. Dah ramai yang berniaga secara online sekarang ni.
Bagi yang merancang nak mulakan bisnes online,meh!!! Mamysheko nak kongsikan "Tips Bisnes Online" dengan betul.
TIPS MULAKAN BISNES ONLINE.5
1. TAK PERLU BUAT PRODUK SENDIRI.
Tak perlu buat produk sendiri, mudah dan senang,anda tak perlu susah-susah buat atau cipta produk sendiri. Tak perlu pening-pening kelapa nak cipta jenama(Branding ) dan, membangunkan R&D untuk menghasilkan produk.
Anda cuma perlu jual produk yang sudah ada dipasaran dan mempunyai pengikutnya sendiri.Sebagai contoh produk dari shaklee,orang ramai atau'.lebih cenderung untuk.membeli barangan yang mempunyai jenama yang kukuh dan dikenali ramai,berbanding dengan jenama yang baru.
2.JANGAN TERLAMPAU FIKIR UNTUNG
Huh!!!! jangan gopoh didalam perniagaan, tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar, hanya dengan konsisten perniagaan anda akan maju.
Anda perlu berani dan pastikan anda cukup ilmu untuk melakukan dan mempromosikan jualan anda dan mengurus masa dan kewangan.
Ada ramai peniaga yang terlampau mengejar keuntungan sehingga ada yang sanggup membeli stock yang banyak,tetapi tidak tahu cara untuk menjualnya.
Focus kepada berapa ramai yang boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Konsisten sharing tentang produk dan manfaat produk yang anda jual. Maka semakin ramai yang akan tahu dan makin besarlah jualan anda.
Mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila. Jualan semakin maju dan makin ramai pembeli.
3.Modal Rendah
Pilihlah dengan bijak, untuk memulakan perniagaan anda. Tak perlu buat pinjaman bank, pinjaman ah long dan menyusahkan orang lain.
Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum ditahap yang perlu menyewa premis atau menggajikan pekerja. Cari bisnes yang simple dan mudah diniagakan,yang tak. Perlu model besar, dan tidak perlu simpan stock yang banyak.
Yang penting anda perlu lakukan adalah memperkasakan laman sosial anda seperti facebook, instagram dan media sosial yang lain. Untuk mempromosikan jualan anda. Jangan terkejut dengan hasilnya nanti,dah lah free tak perlu bayar apa-apa untuk setiap iklan yang kita post. Bestkan????
4.BELAJAR ILMU PEMASARAN
Walaupun anda perniaga secara online, anda rasa ramai yang akan melihat apa yang anda jual, anda silap terdapat lagi perniaga lain diluar sana, apa yang anda posting mungkin tidak akan dilihat oleh orang lain.
Anda boleh mencuba kebersanan posting anda dilaman sosial melalui "like dan beberapa komen",yang anda dapat. Perasan tak mesti orang yang sama akan like dan komen posting anda,agar sukar kan untuk mebuat jualan.
Pastikan belajar tentang ilmu pemasaran macam mana nak tarik lebih ramai pelanggan,belajar lah dari mentor yang berpengalaman dan telah berjaya lahirkan ramai usahawan online.
Setakat ini perkongsian mamysheko tentang tips online bisnes, terima kasih sudi luangkan masa anda membaca artikel mamysheko kali ini, semoga tips bisnes online yang mamy kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda semua 😊.
Comments
Post a Comment