Tips Travel Mudah


 Suka Melancong???? Nak tips mudah untuk rancang percutian anda??? 

Kalau tanya dengan orang disekeliling kita mesti kebanyakan yang suka travel. Ya lah siapa lah yang tak suka melancongkan !!! Boleh naik kapal terbang,lepas tu dapat ronda-ronda dan lihat negara orang, dapat belajar budaya dan bahasa yang berbeza daripada negara kita sendiri. 

Mesti banyak pengalaman baru, moment-moment luar biasa dan bermakna untuk kaki-kaki travel.

Sebelum pergi melancong khususnya keluar negara ,banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian anda, berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kepada yang suka melancong tu meh baca ni sampai habis, mamy nak kongsikan beberapa tips travel untuk anda semua. 


TIPS TRAVEL YANG ANDA PERLU TAHU 



1.Rancang Dengan Teliti.

Nak melancong kenalah ada rancangan duly kan???  Nak pergi mana?, bajet berapa?, nak tinggal kat hotel mana, nak buat aktiviti apa semasa percutian tu nanti. So kenalah rancang dengan tepat.

Survey hotel tempat penginapan, cek berapa kos untuk menginap, lokasi dan aktiviti yang nak dilakukan juga perlu di teliti dahulu. Supaya senang dan percutian pun lebih lancar. 

Kemudahan awam,tempat menarik yang anda boleh kunjungi juga perlu diteliti supaya tak lah sesat nanti dan buang masa. 



2.Mengurus Bajet Perbelanjaan. 

Yang ni paling utama, nak melancong kena pandai urus bajet untuk percuti anda. Tak kiralah nak melancong di dalam negara atau pun luar negara. Huh!!! Kena pandai atur pembelanjaan jangan melebihi daripada jumlah wang di bawa atau yang kita dah tetapkan. 

Nak elak hal sebegini terjadi anda perlulah merancang terlebih dahulu kos pembelanjaan atau bajet yang akan anda guna ketika melancong nanti. Urus dengan teliti, catat barang-barang yang anda ingin beli, supaya nanti tak lah terlebih bajet yee.


3.Beli Tiket Flight Pada Waktu Yang Tepat.

Dah tetapkan mana nak melancong?? dan tetapkan bajet percutian, Masa untuk beli tiket kapal terbang pula. Disini anda kena bijak semasa membeli tiket kapal terbang, kadang-kadang salah pilih masa beli tiket anda akan dapat harga tiket yang mahal. 

Kesimpulannya kena bijak pilih masa dan waktu untuk beli,  anda boleh cuba beli pada tengah malam, harga tiket akan jauh lebih murah. Anda boleh cuba tips ni sendiri!!!! 



4.Bawa Keperluan pakaian yang diperlukan sahaja.

Dah tempah tiket kapal terbang masanya untuk packing keperluan dan pakaian anda pula.

Nak elak bagasi terlebih muatan dan berselerak anda digalakkan membawa pakaian dan keperluan yang diperlukan sahaja. Untuk memudahkan perjalanan anda nanti tak lah kena bawa dan angkat beg atau bagasi yang banyak dan berat. 


Atur pakaian dan mengikut aktiviti yang anda lakukan semasa melancong nanti. Nak lebih senang bolehlah bawa bag travel yang senang digalas, tak perlu bawa banyak beg,  TAK GITU!!!!!  

5.Simpan Dokumen Penting Dalam Satu Fail. 


Nak melancong passport mesti ada kan,  nak mudahkan perjalanan dan supaya tak lupa atau tertinggal dokumen penting masa nak berangkat melancong nanti. Anda bolehlah masukan dokumen penting dan dokumen perjalanan dalam satu tempat khas atau fail.Yalah senang nak cari nanti.

Sebab kenapa takut nanti adalah pula kes tertinggal passportlah, hilanglah kan dah menyusahkan diri nanti. Tips ini juga dapat mengelakkan anda kalang-kabut terutamanya bila dah kat airport. 

Jangan lupa scan semua dokumen penting sebelum anda keluar travel, simpan kat smarfhone atay tablet anda. Jika sekiranya dokumen penting ni hilang anda masih ada salinan.


6. Travel medicine kit dan supplement.


Jangan lupa nak melancong kena sediakan medicine travel kit juga tau,  penting kalau yang bawa anak-anak atau family pergi melancong sebab kita tak tahu kan tiba-tiba sakit perut lah, pening,luka ketika melakukan aktiviti nanti. Tak pening kepala nak ke parmasi lah beli ubat.

Supplement juga perlu kuatkan imun badan anda ketika melancong, sebab kita tak tahu bila nak sakit kan,sekurang-kurangnya dah ready.Bawa bekalan supplement dan ubat-ubatan yang diperlukan.


Ini antara 6 tips travel yang mamy kongsikan untuk kaki-kaki travel. Ada banyak lagi Tips Travel yang lain bolehlah survey-survey untuk dapatkan lebih banyak tips tentang melancong. 

Semoga perkongsian mamy kali ini dapat membantu serba sedikit, semoga yang baca blog mamy sampai habis habis dipermudahkan segala urusnya anda,  Terima kasih sampai jumpa diblog mamy seterusnya. 


#NextLevelblogging
#megablogshaklee
#shakleeThriumph2023
#shakleeThrive2023
#shakleeBeaufortSabah
#shakleeKualaPenyuSabah

Comments