Doa Amalan untuk wanita


 Doa merupakan senjata dan perisai kejayaan hidup umat islam. Jadi sebagai hambaNya, jangan pernah berhenti berdoa. 

Dalam menjalani kehidupan seharian,kita sering terlupa untuk memohon keberkatan dan Redha Allah SWT, dahulu sebelum melakukan sesuatu atau membuat apa-apa keputusan.

Memohon doa kepada Allah SWT adalah perkara pertama yang sepatutnya dilakukan untuk setiap langkah kita. Terdapat banyak doa dan amalan yang  mudah diamalkan untuk kaum wanita. 

Disini mamysheko kongsikan beberapa doa yang bagus untuk wanita amalkan setiap hari.


1.Doa Selepas sholat (Subuh).
"Ya Malikul Qudus"
Sebanyak 11 x selepas sholat subuh. 

Sebagai wanita kesihatan dalaman dan luaran sangat penting bagi kita. Kerana kita perlu sihat untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang sedia ada. 

Tiap hari kita berdoa kepada yang Maha Kuasa agar dikurniakan kesihatan yang baik. Diatas adalah zikir yang dapat diamalkan oleh wanita selpas sholat subuh. 

Zikir ini bermaksud:

Jika diamalkan setiap kali selepas sholat insyallah dapat melindungi wanita daripada penyakit yang berkaitan organ wanita. 

Sebagai tambahan Doa yang ringkas ini 


Doa ini dikongsikan oleh Neelofa,untuk semua ini adalah doa yang diamalkan setiap kali selepas sholat .Bacalah doa ini untuk murah rezeki dan mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Inayallah 

2.Doa agar terhindar dari  kesusahan

Ini adalah doa yang Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada umatnya sangat ringkas dan mudah dibaca. Doa ini dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah beban hutang, lemah semangat,gelisah jiwa dan berasa malas. Terhindar dari rasa takut dan sedih, sangat mudah diamalkan bagi hamba yang tiada keyakinan diri, selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

"Allaahumma Innii’a’uudzu bika minal-Hammi wal-Hazani wa ‘A’uudzu bika minal- ‘Ajzi wal-Kasali wa A’uudzu bika minal-Jubni wal-Bukhli wa A’uudzu bika min-Ghalabatid-Daini wa Qahrir-Rijaal.”


Maksudnya : 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari rasa gundah dan sedih, rasa lemah dan malas, sifat bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." (HR. Bukhari)

Jika anda dikelilingi banyak hutang berusahalah sekuat tenaga dengan memohon pertolongan dengan Allah SWT untuk memudahkan kita membayar hutang. Banyak kan berdoa dan berusaha Insyallah.

3.Doa Siti Fatimah 


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabrani, Rasulullah dikatakan pernah masuk ke rumah Saidatina Fatimah, dan mendapati Fatimah sedang terlelap tidur. (Setelah terjaga) Baginda lalu bertanya, apakah yang menyebabkan beliau tidur pada waktu begini. Lalu Fatimah menjawab: “Aku kepenatan (atau tidak sihat).”

Rasulullah kemudian mengajarkan kepada Saidatina Fatimah doa dan zikir yang sunnah untuk dibacakan setiap hari, doa nya iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Ya Hayyu Ya Qayyum, Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekelip mata.” (Lafaz doa atau zikir ini daripada riwayat al-Nasa’i)

Doa ini sebaiknya diamalkan setiap pagi dan petang,agar kita sentiasa meletakkan keberuntungan( Tawakal) diri kita kepada Allah SWT, tidak kira waktu susah mahu pun senang. 

Ini adalah antara 3 doa yang bagus untuk wanita amalkan, sentiasalah mengigati Allah SWT dalam setiap langkah yang kita ambil, dalam setiap nafas yang kita hembus.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan memakbulkan doa-doa kita semua,Amin

Terima kasih sudi baca perkongsian mamyaheko kali ini,insyallah dapat memberikan serba sedikit info tentang doa-doa yang bagus untuk wanita amalkan.Semoga bertemu lagi diblog mamysheko yang seterusnya 🧕



Bagi yang nak dapatkan produk shaklee boleh hubungi mamysheko disini 👇

-Beaufort sabah
-Kuala penyu,sabah
-Papar, sabah

Untuk dapatkan produk shaklee anda tekan link dibawah ini


#NextLevelblogging
#megablogshaklee
#shakleeThriumph2023
#shakleeThrive2023
#shakleeBeaufortSabah
#shakleeKualaPenyuSabah
#shakleePaparSabah



 




Comments