Sepanjang tempoh kehamilan,ibu memerlukan banyak keperluan untuk memudahkan sepanjang proses kehamilan. Terdapat banyak keperluan yang diperlukan oleh wanita megandung dari first trimester hinggalah thirt trimester.
Keperluan wanita megandung merangkumi dari segi pakaian ,penjagaan tubuh badan, pemakanan,ubat-ubatan dan supplement tambahan.
Jom kita kopek apa Wanita Megandung perlukan.
KEPERLUAN WANITA MEGANDUNG
1.Vitamin Dan Suplement tambahan untuk kesihatan ibu hamil.
Apabila disahkan hamil,bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan.Salah satu keperluan tersebut ialah suplement tambahan.
KENAPA VITAMIN ATAU SUPLEMEN TAMBAHAN PENTING BAGI WANITA HAMIL???
Diet yang seimbang dari pemakanan adalah sumber terbaik bagi ibu dan bayi didalam kandungan, untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Akan tetapi sesetengah ibu hamil tidak dapat makan makanan yang mengandungi nutrien tersebut, atas sebab alahan, mual-mual ,loya dan muntah yang teruk.
Untuk ibu hamil yang mengalami masalah ini perlu mengambil suplement tambahan yang disarankan bagi melengkapi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi ibu dan tumbesaran bayi.
Ianya juga digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi dan masalah kesihatan lain.
Antara suplemen atau vitamin yang diperlukan semasa hamil:
1.ASID FOLIC(B-Complex with Folic Acid)
Suplemen penting semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan acid folic boleh mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.(Spinal Bifida-kecacatan tulang belakang.
2.ZAT BESI (Vita-Lize)
Membekalkan 25 jenis multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang diperlukan dalam penghasilan sel darah merah.Mengurangkan risiko ibu hamil daripada pitam, lesu dan anemia.
3.KALSIUM (Ostenutrix)
Ibu hamil memerlukan kalsium bagi menjaga kesihatan tulang, begitu juga pada janin. Ianya sangat baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi.
Iyanya juga baik untuk mengelak kekejangan otot kaki pada ibu hamil.
4.ACID LEMAK PERLU (OMEGA 3) (OMEGA GUARD SHAKLEE)
Lemak omega 3 DHA dan EPA penting dalam pembentukan otak dan saraf janin dari peringkat awal kehamilan. Mencegah kelahiran pra-matang, ianya juga dapat membantu mengurangkan risiko kemurungan pada ibu malah dapat membantu mengawal berat badan ibu ketika hamil.
5 .VITAMIN D DAN VITAMIN C
Membekalkan jumlah vitamin D yang cukup bagi pembentukan tulang dan gigi bayi dan manfaat yang sama pada ibu hamil.
Memainkan peranan untuk mengekalkan tahap kalsium fan fosfons didalam badan, oleh itu vitamin D sangat penting bagi ibu hamil.
Vitamin-c pula membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi(Vita-lize). Membantu dalam pengeluaran hemoglobin ,juga penting untuk sistem pertahanan ibu dan janin dalam kandungan. Vitamin -C juga membantu mengurangkan masalah kulit ibu hamil.
2.Barangan yang paling berguna ketika hamil.
Untuk ibu hamil semestinya banyak keperluan diperlukan untuk memudahkan dan memberi keselesaan untuk ibu hamil, Kebutuhan adalah mengikut trimester.
1.Pregnancy Pillow (Bentuk C atau U) Bantal untuk ibu hamil.
kedudukan Organ dalam badan ibu hamil |
Bantal ini membantu menyokong perut dan posisi tidur yang lebih baik untuk ibu hamil, supaya ibu dapat tidur yang lebih lena tanpa risau anak dalam kandungan terhimpit.
Selalunya ibu hamil akan merasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sekitar badan. Sering sakit kaki,paha dan betis kerana menampung berat bayi didalam kandungan.Sapuan minyak panas dapat melegakan rasa sakit dan lenguh pada sekitar badan.
Stokin kompresi digunakan semasa kehamilan untuk membantu meredahkan kesakitan kaki ibu hamil (Kaki bengkak).
Pengunaan panty yang salah akan menyebabkan infeksi ragi pada vagina, salur darah tersumbat, mengganggunya sistem pencernaan ibu hamil, menyebabkan penyakit, ibu akan berasa sakit dibahagian perut dan pinggul.
Comments
Post a Comment